Wednesday, September 11, 2019

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA : KENAPA PILIH BISNES TUPPERWARE UNTUK DAPATKAN EXTRA INCOME

Ramai yang bertanya Akak Norish. 
“KENAPA PILIH BISNES TUPPERWARE sebagai EXTRA INCOME Akak Norish ? “
.
Jawapan Akak Norish :

 Akak Norish mencari bisnes yang #MUDAH iaitu dalam erti kata tak perlu berhempas pulas nak buat promosi. Segalanya dah sedia. Promosi dari syarikat, kualiti check dari syarikat, promosi hebat dari syarikat, challenge dari syarikat dan paling Akak Norish yakin bisnes ini bagus kerana sudah bertahan selama 54 tahun. Sebut sahaja #TUPPERWARE. terkenal seantero dunia.


 Barang tak basi / expired / lapuk. Plastik yang Akak Norish jual
Ini bukan sekadar bekas plastik letak lauk dan makanan sahaja tetapi dah pelbagai jenis barangan isi rumah sudah dilebarkan. Semuanya dipercayai dan orang kata tanpa was was. Jenama dah diakui HEBAT. Malah, tak perlu risau kalau tak abis jual. Semakin lama di simpan semakin berharga sebab #limited edition. Akak Norish yakin, bila barang yang tak basi.. kita akan mudah nak simpan dan kalau peram di bawah katil pun ibarat simpan emas dalam rumah. Semakin bernilai.

 Pelbagai insentif tersedia seperti komisen dan bonus jualan bertingkat tingkat. #Bonus leadership dan yang paling Akak Norish suka adalah #kereta #percuma dan juga #melancong percuma di negara yang menarik. Semua di tanggung oleh Tupperware.
Inilah 3 sebab Akak Norish bertahan dalam bisnes ini. Bisnes yang bagi Akak Norish adalah lubuk rezeki. Sebab tu Akak Norish bertahan sehingga kini makan hasil dari pendapatan yang Akak Norish buat secara part time sahaja.


Jadi, kenapa masih mencari dan ragu ragu.. Tupperware adalah resepi untuk mendapat pendapatan dengan cara yang mudah.
Anda perlu ada strategi sahaja. Dapat strategi dan formula serta istiqamah.. anda akan kecapi betapa indahnya dunia dengan bisness ini.

Hubungi Akak Norish sekarang untuk daftar keahlian anda.. Akak Norish akan tunjukkan jalan.

TUPPERWARE BRAND MALAYSIA : PROMO 11-15 SEPTEMBER 2019

Cepat2 sape nak beli bundle jimat n berbaloi..
 Tak lama promo ni.. 

11-15 September je..









Whatsapp akak Norish untuk order.. klik je link

Sunday, August 25, 2019

TUPPERWARE BRAND MALAYSIA : Daftar Keahlian Membership Tupperware 2019 / 2010

Assalammualaikum
hari ini semangat Akak Norish nak update blog untuk bagitahu cara nak daftar keahlian Tupperware untuk tahun 2019/2020

sebelum itu kena tahu apa kelebihan.. takkan nak masuk ahli saja saja

Kelebihan menjadi Ahli Tupperware

 Kenapa anda nak jadi ahli? Tanya soalan itu kepada diri sendiri. Akak Norish nak bagi tahu Ada dua situasi sebenarnya. Satu, kerana nak dapatkan diskaun ahli untuk diri sendiri dan membuat keuntungan kecil. Dua, nak dapat income tambahan melalui komisen jualan. Jika anda berkata YA untuk salah satu atau kedua-dua situasi ini, anda kini sedang berada di jalan yang benar!


Kelebihan-kelebihan menjadi ahli Tupperware Malaysia:


1. Mendapat diskaun 25% selaku ahli Tupperware. Jadi jika harga retail sesuatu produk itu ialah RM100, anda cuma perlu membayar RM75 sahaja. Untuk pengetahuan anda, sales akan dikira mengikut retail price. Jadi, cukup bagus bukan? untung retail dapat RM25

2. Membership adalah untuk setahun sahaja sekali daftar. Namun begitu, anda cuma perlu mengumpul jualan pada harga retail sebanyak RM6000* sahaja dalam tempoh setahun. Jika berjaya, anda telah melayakkan diri untuk mendapat membership percuma tahun seterusnya. Mudah bukan? Macam yang Akak Norish ceritakan pada entri sebelum tadi. Pembelian pertama anda kalau ada 500 dah dapatkan free membership tahun seterusnya, alhamdulillah 

 

3. Setelah mendaftar sebagai ahli, anda akan secara automatik menerima pelbagai hadiah percuma dari Tupperware. Hadiah-hadiah kebiasaannya datang dalam bentuk bekas-bekas Tupperware yang berharga dalam lingkungan RM50 setiap satu. daftar eperk yang sangat berbaloi.. dan masuk meeting NCAP kalau nak hadiah extra.. welcome gift akan diberi bile sms akan anda dapat.


4. Merujuk kepada nombor 3, pendaftaran ahli cumalah RM73.50 sahaja untuk mendapatkan Tupperware Brand Starter Kit. Dengan RM73.50  ini, anda akan mendapat hadiah-hadiah mengikut promosi yang diiklankan untuk bulan tersebut. Cuba bayangkan, bayar RM73.50, tetapi mendapat produk percuma dengan nilai melebihi bayaran tersebut. Macam tak percaya bukan? Sangatlah menguntungkan menjadi ahli Tupperware ini.


5. Akak Norish beri situasi di mana sales anda tak mencapai jumlah minimum untuk layak mendapat membership percuma tahun seterusnya. Anda sebenarnya tak rugi apa-apa pun. Jika tiba-tiba mahu menjadi ahli kembali, bolehlah mendaftar kembali pada nilai seperti info di nombor 4. Note: bayaran ini mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa.


6. Seperti juga pakaian yang dipakai sehari-hari, kita akan sentiasa keluar membeli lagi. Hantar lagi baju baru kat tailor. Nak warna ini, nak gaya itu. Begitu juga dengan bekas-bekas Tupperware ini. Selain kegunaan sendiri, anda boleh menjadikannya sebagai hadiah kepada rakan-rakan sempena perkahwinan, ulangtahun kelahiran, hadiah bekas makanan bayi untuk anak-anak mereka dan sebagainya.


7. Bentuk dan warna produk Tupperware yang menarik ini dengan kualiti yang ditawarkan, sangatlah menarik dan akan sentiasa mendapat tempat di hati peminat dan pengguna di seluruh Malaysia. Percayalah, permintaan akan sentiasa ada  setiap produk Tupperware ini akan memudahkan. Jom daftar dengan Norish Tupperware..

 

Keistimewaan Daftar Ahli Tupperware :

1) DISKAUN 25%Anda akan dapat diskaun belian barang sebanyak 25% pada setiap barangan yang anda beli di semua stokis Tupperware Brands (exclude nett item)
2) TUPPERWARE FREEDengan bayaran RM78 untuk pendaftaran, anda akan dapat starter kit ekslusif dari Tupperware Brands (kitbeg, freezermate 2unit, one touch canister 1unit, business handbook, dll)
3) MYSTERY GIFT Setiap pendaftaran ahli baru akan menerima extra mystery gift dari kami
4) REBATE, VOUCHER, PROMOSISetiap ahli yg berdaftar layak menikmati rebate, voucher, promosi lebih dari 25% yang akan dihantar melalui sms, emel & pos
5) KAD KEAHLIANAnda akan dapat kad keahlian ekslusif dari Tupperware Brands, kad ini boleh digunakan di stokis seluruh Malaysia 

Pakej-Pakej Keahlian :






LEBIHNYA 'TEAM KAMI'

  1. KATALOG & LEAFLET TERKINI akan terus dipos ke alamat anda setiap bulan, jadi anda tidak akan terlepas sebarang promosi Tupperware Brands yang sangat berbaloi-baloi secara PERCUMA. Promosi jangkamasa pendek akan dikongsikan dalam Group WhatsApp.
  2. Jemputan ke majlis jualan murah & lelongan Tupperware di stokis-stokis seluruh Malaysia
  3. Jemputan ke event/ program Tupperware di seluruh Malaysia yang diadakan setiap tahun seperti Party Tupperware, Director Recognition Rally, Tupperware Carnival & Tupperware Jubilee yang mana ada jualan murah dan cabutan bertuah kepada ahli.
  4. Dapat HADIAH sekiranya memenuhi cabaran bulanan yang diberikan setiap bulan
  5. SERVIS PEMBELIAN dan penghantaran barangan Tupperware yang anda mahukan sekiranya anda ingin kami tolong belikan untuk anda atau tidak sempat/sukar untuk ke centre/stokis
  6. Akaun keahlian anda akan dipastikan SENTIASA AKTIF, walaupun anda langsung tidak membuat pembelian dalam masa setahun.
  7. Dimasukkan dalam GROUP Whats App untuk memudahkan anda mendapat sebarang hebahan atau info terkini mengenai Tupperware dan promosi yang diadakan ataupun untuk sebarang konsultasi mengenai penggunaan barangan Tupperware
  8. Setelah anda bergelar ahli / consultant, tiba-tiba pintu hati anda terbuka untuk jana pendapatan melalui #tupperwarebrands, kita akan bergerak bersama dan saling membantu antara satu sama lain sehingga berjaya.
Jom daftar sekarang....selain dapat barangan mengikut PAKEJ yang dipilih, anda juga akan menerima hadiah misteri dan barang akan di POS SECARA CEPAT !!

TUPPERWARE BRAND MALAYSIA : PERUBAHAN ZAMAN !!!!

Dulu Tiffin ...🙂
Kini Tupperware ...😉
Dulu Besi ...🤔
Kini Plastik Berkualiti😏
Dulu Jatuh Kemek...😔
Kini Jatuh Steady....🤗
Yèaaahhh... Revolusi Tupperware Brands
Menambat Hati... 🤩🤩🤩😘😘😘
Selamat Tinggal Mangkuk Tingkat Besi
Selamat Datang
Mangkuk Tingkat Tupperware☺️☺️☺️
Jangan Risau Boleh Menampung Hingga 6kg😇
Pilih je nak design yg macam mana..
Lepas tu wasap Akak Norish
www.wasap.my/601115048201








Tuesday, July 23, 2019

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA : JUBILEE 2019

Corat coret sepanjang Jubilee 2019..

Kenangan menarik untuk disimpan rapi.. pengalaman dan pelajaran serta aura positif yg harus dicontohi..

Yeahh!! 

Sape nak join team norish.. kita bermula dari sekarang.. banyak yang menarik untuk dikongsikan ni..


Team Power 
Kami Peneraju Bisnes Online Tupperware No.1 di Malaysia



Sunday, May 19, 2019

BENCI.. MENCI.. BENCI.. “KUEH RAYA MAHAL CEPAT LEMAU”.

Bertahun- tahun Akak Norish memikirkan sebab apa kueh raya yang beli ala ala RM30 (50 biji) menjadi lemau sebelum tiba lebaran Aidilfitri.
.
Bila malam raya buat spot check. Biskut raya beli kat kawan konon kononnya “Premium@Mahal” jadi tak rangup.
.
“Ini mesti penjual biskut tu yang tipu”- detik hati sendiri.

Akhirnya, Akak Norish terpaksa mintak maaf kat semua pembeli biskut tu sebab bukan salah kueh tu.. salah Akak  yang tak guna product yang betul dan menjamin kesedapan kueh tu. Akhirnya, memang mengundang fitnah tak pasal pasal.
.
Lepas Akak Norish guna OT (One touch) ini, tak ada lagi rungutan lemau.. tak ada lagi biskut berperisa semut. Malah, bau biskut bagaikan baru keluar dari OVEN. Barulah Glam Raya Akak Norish..

Ini bukan biasa biasa..
Memperkenalkan
♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️
Tupperware- floral raya One Touch
♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️


Topper junior Tupperware yang datang dengan 6 biji satu set ini memang laku keras. Akak Norish sanggup beli sampai berpuluh2  set sebab tahu.. ada berpuluh2 orang dan  kawan  Akak Norish akan beli..

Sorang beli 2-3 set. Maklumlah.. kueh raya meriah macam nak sambut menantu. Makkk oiii.. raya sakan korang. Ye lah, raya kan setahun sekali.
.
Baju, tudung dan suami dah abis meriah dan encem.. tetibe biskut raya sis letak salam bekas tak kedap.. memang jadi makanan semut dah masuk angin lah sis oiii.

Menjadi suri rumah yang hebat , kena lah hebat  menggunakan strategi memikat suami.. (suami sedap makan dan pakai.. bahagia sampai kejannah).. cewahhh

Set OT Tupperware ini warna.. Hijau yang nyaman mata memandang.. kemudian..
💚 600ml
💚 6 pcs
💚 D 13.0 H 8.2cm (ukuran dia- tak kuasa nak mengukur)

Ohhh ya.. yang first time tahu One touch(OT)..

Apa mksud one Touch ni agknya ye 🤔..

Satu sentuhan.. betul kan betulkan...(baca nada si nopal). Bukan sebarang sentuhan. Satu sentuhan menutup dengan bunyi “klupp”

Ye betul.. Akak Norish share sikit mengenai one touch ni.. adalah info untuk newbie yang nak guna.

Untuk penutup bekas One touch ni kene tekan kat tengah tengah.. pkai jari boleh, dan telapak tangan, siku ataupun kaki (bagi yang tak terdaya).. satu kali tekan ditengah akan terus tertutup rapat serapat rapat kacip fatimah. Ia tertutup sepenuhnya... angin memang tak masuk.. ini Akak Norish gerenti.. teknologi Tupperware memang dah diakui 54 tahun diMalaysia

Kelebihan OT 😍😍...

Of couse laaa.. OT ini
👇👇👇👇👇👇👇
💚 KEDAP UDARA
💚 KEDAP AIR / Cecair

Sangat sangat  sesuai untuk korang letak biskut raya.. dan benda kering bijiran, milo, gula dan seangkatan dengannya.

Dah semangat?
Semangat nak ada satu set. Memang kena ada satu set kat umah.. kira hukum hakamnya “harus” sebab dengan OT ini kita dapat berjimat. Makanan akan tahan lama. Berjimat cermat kan amalan yang diharuskan . Curlas Akak Norish terus jadi ustaz bertazkirah.

Untuk korang yang berkenan dan jatuh cinta dengan set floral ni, boleh terus whatapp Akak Norish ye..

Kedai online Akak Norish 24 HOUR OPEN.. Akak Norish memang sanggup bangun dapat panggilan dari anda. Itulah sebabnya Akak Norish meletop setiap bulan..

Nah.. picit kuat kuat ya link dibawah 👇👇👇👇

www.wasap.my/601115048201/Floral+Norish+Tupperware

www.wasap.my/601115048201/Floral+Norish+Tupperware

www.wasap.my/601115048201/Floral+Norish+Tupperware

#OTfloral
#biskutraya
#NorishTupperware
#NorishTupperwarePutrajaya
#Tupperwareputrajaya

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA : BUSINESS PART TIME YANG LUMAYAN💰💰💰

Salam perkenalan dari NORISHTUPPERWARE buat semua yang belum kenal dengan Akak Norish..
Akak Norish adalah penjual barangan plastik yang dah bertapak di Malaysia selama 54 tahun lamanya.. sape tak kenal sebut sahaja nama semua kenal dan tahu TUPPERWARE!!


Jenama yang dah ada berjuta2 peminatnya sendiri.. selain dari Akak Norish suka guna.. akak Norish dapatkan xtra income disamping gaji hakiki dengan menjual Tupperware...


Alhamdulillah sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan keluarga akak Norish.. So sekarang ni akak Norish mencari sesiapa sahaja yang nak buat xtra income dengan business parttime ni.. akak Norish akak bimbing korang untuk kita sama2 berjaya tambah pendapatan..

TUPPERWARE BRAND MALAYSIA : USAHA DOA DAN TAWAKAL

Siang berkhidmat untuk negara... (ewah.. mcm frontliner je.. ) Malam kita agihkan stok yang menimbun ni.. bukan senang nak senang.. usaha ...

POPULAR POST